rakan radio

Isnin, 29 Mac 2010

Suatu Perjuangan

Aku masih lagi disini
Meniti harapan yang kian pasti
Demi suatu perjuangan harmoni

Aku masih lagi menanti
Kejayaan yang pasti gemilang
Yang bakal membentuk
Diriku sendiri

Namun ia hanya ilusi
Yang pernah ku lalui

Aku msih lagi disini
Bertemankan hati yang tabah
Impian yang masih berbunga
Azam yang tetap utuh
Dan semangat yang kian membara

Pastinya...........
Sinar mentari itu akan terus
Menyinari hidupku
Yang kian bererti

Sesungguhnya.....
Perjuangan ini masih belum selesai
Jarak dan waktunya
Masih jauh dihadapan

Namun ku yakin
Azam, Harapan, Impian, dan Tekad
Pasti menjadi satu
Demi mencipta Suatu realiti

Sabtu, 27 Mac 2010

Jejak Silam Mengajarku

Pagi yang redup
Embun masih di hujung lalang
Aku termenung jauh
Mengenangkan kesesalan dan nasibku

Aku datang dari jauh
Membawa harapan ibu ayah tercinta
Harapan dari yang teristimewa
Tapi sayang........
Aku tewas sebelum berperang
Dulu...
Kenakalan menjadi teman setiaku
Melawan Guru perkara biasa bagiku
Apa lagi teman-teman seperjuangan

Aku terlupa siapa diri ini
Datang dari ruang yang penuh kedaifan
Kealpaan...
Membuatkan aku kehilangan pelaung
"MUSTAHIL"ia berulang kembali

Ibu...maafkan anakmu ini
Ayah...maafkan wiramu ini

Ya Allah...ampunkanlah hambamu
Yang penuh kedaifan ini
Akan ku cuba tempuhi, harungi
Liku-liku kehidupan dengan keimanan
dan amal yang soleh

Kepada semua...
Jangan ikut jejak langkahku..
Kini..
Baru ku sedar jejak silamku
Memberikan ku pengalaman kedewasaan
Hidup ini...
Memerlukan perjuangan
Yang menuntut kesabaran bercantum dengan ketabahan
Maka..........
Terhasillah Pengorbanan

Jumaat, 26 Mac 2010

ABANG CACAT

Nak tulis apa dalam blog ni..abg cacat pn tak tau nk tulis apa dalam blog ni..yang pastinya..abg cacat harap semua pembaca yang nak bercinta fikirlah beratus kali kerana cinta ni umpama main api..masa kecil api tu boleh kita buat main..tapi bila dah besar api tu jugaklah yang akan membakar diri kita..abang cacat tak nak berkongsi pengalaman bercinta..sb bg abg cacat dia adalah perempuan yg sngt mulia.. dan tinggi darjatnya dr abg cacat..ada jgk kelebihan bila abg cacat putus hubungan dengan nya..antaranya dia tak perlu fikir lg pasal hbngn ni..yg pasti abg cacat menumpang dibumi Tuhan ni sekejap je..mngkin esk atau lusa abg cacat akan pergi jgk..yg penting abg cacat dapat pergi dengan tenang tanpa ada rasa bersalah..kegembira dan kebahgiannya adalah tonggak utama pada abg cacat sb bg abg cacat dia tak perlu merasai penderita yg abg cacat alami selama ni..sekian coretan utk masa nii kita jmpa dilain hari..
ABG CACAT2010..!!